Saturday, May 16, 2020

MANFAAT BELAJAR DI SEKOLAH AGAMA


Sekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan sekolah yang menyediakan pendidikan Islam formal yang menggunakan silibus pembelajaran Sekolah Agama Negeri (SAN). Walaupun pembelajaran hanya 4 jam dalam satu sesi, namun pelajar yang belajar di SAR banyak mempelajari ilmu-ilmu Islam secara menyeluruh.

Di Antara faedah-faedah bagi pelajar yang bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR) :

➤ Pelajar dapat memanfaatkan masa.

Disamping pelajar mendapat pendidikan di sekolah kerajaan, dalam masa yang sama mereka juga
mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Rakyat. Dengan cara sedemikian anak-anak bukan
sahaja mendapat pendidikan akademik tetapi dalam masa yang sama mendapat pendidikan agama formal.

➤ Pendidikan SAR menekankan pendidikan fardu ain.

Semoga dengan mendapat pendidikan awal sedemikian dapatlah anak-anak menjadi seorang muslim yang baik dan ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dalam kehidupan Seharian mereka. Bak kata "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya". Penekanan ilmu-ilmu fardu Ain dapat diterapkan awal kepada pelajar sejak kecil lagi untuk dipraktikkan dalam kehidupan.


➤ Pengajaran menekankan hafalan Al-Quran dan zikir-zikir

Semoga dengan ini dapat membentuk pelajar-pelajar yang beriman seterusnya membesar sebagai seorang manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Seperti dalam hadis "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging jika baik daging itu maka baiklah ia, namun jika rosak daging itu maka rosaklah ia. ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI"


➤ Kurikulum dan sukatan pelajaran setara dengan sukatan Sekolah Kebangsaan

Sukatan pelajaran sekolah agama merupakan ke depan dan menjadikan pelajarnya sentiasa tidak ketinggalan matapelajaran Pendidikan Agama Islam di sekolah kebangsaan. Melalui penelitian, pelajar yang belajar di sekolah agama lebih cemerlang dalam matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan. Hal ini kerana pelajar agama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan mudah mengingati pelajaran yang telah diajar di Sekolah Agama dan Kebangsaan dengan kaedah ulang-kaji yang sentiasa diajar secara berulang kali. 


➤ Saham Akhirat 

Menghantar anaknya ke sekolah agama merupakan ‘pelaburan’ awal untuk kebaikan masa depan anak-anak sendiri terutama dalam soal pendidikan agama. Anak-anak yang tumbuh dalam persekitaran yang baik tidak akan mudah terjerumus dalam gelaja-gejala yang kurang baik. Usaha-usaha memupuk suasana dalam beragama dalam diri anak-anak dapat membentuk jati diri yang teguh. seterusnya anak-anak dapat membesar menjadi seorang muslim yang baik di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment